SOALAN WAJIB ANDA TAHU 'ARBA NETWORK'

SOALAN WAJIB ANDA TAHU 'ARBA NETWORK'



1. Kenapa pendapatan tinggi? Ini macaminvestment je?
Jawapan : Kita berurusan terus dengan syarikat. Tiada orang tengah. Simpanan berbentuk pelaburan misalnya, dapat hanya 8% setahun kerana ada orang tengah, maka baki peratusan yang kita dapat memang ciputlah. ARBA NETWORK 8% SEBULAN. Terpulanglah kepada sahabat-sahabat nak yang mana. Pelan ARBA NETWORK sememangnya dicipta khas seolah-olah macam investment dan ditujukan khas untuk penggemar investment di luar sana bertujuan mengelakkan mereka daripada sertai investment merapu. Hakikatnya, ARBA NETWORK 100% MLM, Real business, real income, ARBA NETWORK MEMANG UNIK!!!  

2. Halal ke? Riba macam mana?
Jawapan : Sudah tentu HALAL. Majlis fatwa kebangsaan dah gezet MLM halal. Siapalah kita nak pertikai keilmuan mereka. Tapi masih lagi ada yang tak puas hati. Jadi, ada 2 lagi kaedah. Kita akad jual beli terus produk mengikut pakej kita join dan syarikat bagi hibah selama 12 bulan. Contohnya macam kita beli kereta, percuma servis selama lima tahun dan ada jaminan. Tak puas hati lagi?! Boleh juga beri hutang kepada syarikat tanpa akad (mazhab syafie). Yang syarikat nak bagi produk dan bonus mingguan dan bulanan tu cerita lain. Sign agreement tu bukan akad. Kalau agreement dikatakan sebagai akad, maka senanglah nak nikah, sign je kertas tanpa perlu mengadap kadi dan wali, isi borang dan sign borang kira sah...! 
3. CWC ada panel syariah sendiri tak?
Jawapan : Kriteria yang perlu ada bagi setiap pelan pemasaran jualan langsung adalah pelan pemasaran berkenaan perlulah mengikuti garis panduan yg ditetapkan oleh  Jakim. Jakim mempunyai barisan panel syariah untuk meneliti pelan pemasaran bagi memastikan pelan tyang diluluskan terelak dari unsur-unsur tidak patuh syariah. Jadi, syarikat yang mempunyai lesen AJL membawa maksud pelan pemasarannya adalah patuh syariah. Barisan panel syariah Jakim, bukan 1/ atau 2 orang, tetapi belasan org yang dilantik untuk menetapkan garis panduan agar patuh syariah. Dalam isu ini syarikat tidak lagi perlu untuk melantik mana-mana panel syariah untuk memantau peniagaan syarikat kerana apa yang dilaksanankan oleh syarikat adalah dari pelan pemasaran yg telah disahkan patuh syariah oleh Jakim.

Persoalan perlukah lagi syarikat memiliki panel syariah sendiri? Kalau syarikat ingin melantik panel syariah sendiri, syarikat perlu memperuntukan wang untuk membayar gaji mereka yang bukannya sedikit. Bila panel syariah menyatakan pelan syarikat patuh syariah dan sah, panel syariah tadi perlu merujuk pula kelulusan Jakim untuk dapatkan lesen AJL, sedangkan syarikat boleh merujuk terus kepada pihak Jakim. Jadi apa relevannya panel syariah syarikat?

4. Bagaimana proses untuk dapatkan lesen AJL yang diluluskan oleh JAKIM?
Jawapan : Syarat untuk memohon lesen jualan langsung dan skim anti-piramid ialah mendapat kelulusan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain. Antaranya ialah JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam JAKIM terdapat sebuah unit yang terdiri daripada panel syariah yang dilantik oleh JAKIM. Mereka inilah yang memastikan setiap perniagaan yang nak dijalankan mematuhi syarak.

Apabila lulus kriteria yang ditetapkan oleh para panel syariah JAKIM, barulah pihak JAKIM akan beri pengiktirafan. Selesai dengan JAKIM, kena pergi ke KKM pula untuk kelulusan produk dan seterusnya agensi-agensi lain yang berkaitan. Apabila telah selesai mendapat kelulusan daripada semua agensi kerajaan yang berkaitan. Barulah KPDNKK memberi lesen jualan langsung kepada syarikat. Secara automatik, bisnes ni sah di sisi undang-undang dan halal di sisi Syarak. Wallahu a'lam.

5. Bolehkah fix income?
Jawapan : Sebenarnya ia bukan fix income, ia adalah hibah yang diberikan oleh syarikat setiap bulan. Selain hibah, ada lagi pendapatan mingguan dan CTO yang jumlahnya tak fix! Anda sendiri rasakannya setelah bersama kami. Itu belum termasuk bonus-bonus lain. Dalam syarak pula selagi tidak diserta dalam aqad jumlah fix, selagi itu ia tak berlaku riba (pada mazhab syafie).

6. Ada tak perjanjian atau apa-apa sandaran?
Jawapan : Ada. Perjanjian hanya ditandatangani di antara kita dan CEO syarikat sahaja. Hanya CEO sahaja yang ada kuasa untuk arahkan syarikat bayar kepada kita jika ada apa-apa berlaku. Kita pula boleh pegang CEO. Lagipun syarikat wajib ada RM1.5j modal yang tak boleh usik khas untuk kita jika ada apa-apa berlaku. Ini syarat KPDNKK.




7. Saya di Borneo, macammana nak join? Produk dan aggrement macammana?
Jawapan : Jika yakin, bank-in modal pembelian ke akaun syarikat atas nama CLASSIC WORLDWIDE  (CIMB 8601626947 atau MAYBANK 5520 5968 2451). Slip snap dengan kamera handphone anda dan whatsapp direct kepada saya NURHIDAYAH ASHARI di talian 0136030370. Saya akan terus daftarkan keahlian anda bersama ARBA NETWORK pada hari tersebut juga (hari bekerja dan duit benar-benar telah disahkan masuk ke akaun syarikat). Sebaik sahaja didaftarkan, maka anda perlu menunggu hanya 40 hari hntuk menerima HIBAH PASIF INCOME pertama! Agreement dan produk akan di pos atau by-hand dalam masa seminggu.

8. Berapa lama dah ARBA NETWORK?
Jawapan: Syarikat CWC bertapak pada 14 Mei 2007 manakala program ARBA NETWORK diperkenalkan bermula 05 NOVEMBER 2012. Alhamdulillah program ini berjalan dengan baik dan para ahli menerima hibah pasif income ON TIME sebagaimana dijanjikan.

9. Apa akan jadi jika suatu hari nanti tiada orang sertai program ini?
Jawapan : Tiada masalah. Syarikat akan habiskan baki perjanjian ahli yang terakhir dan akan menamatkan program ini. Tetapi program seunik ARBA NETWORK insya ALLAH akan subur mekar. Cuba tengok syarikat MLM lain, tetap subur walaupun dah 20 tahun dan produk dah macam tak laku. Banyak contoh yang boleh kita lihat diinternet.

12. Dengar cerita boleh guna emas untuk join ARBA NETWORK. Betul ke?
Jawapan : Ya. Selain RM, boleh juga gunakan emas sebagai modal untuk menyertai ARBA NETWORK. Syarikat akan ambil emas anda sebagai modal pembelian berdasarkan harga semasa. Walaupun emas tersebut telah digunakan sebagai modal pembelian pakej ARBA NETWORK, syarikat masih bermurah hati untuk memberikan anda peluang membeli kembali emas tersebut dalam jangkamasa 12 bulan. Sebelum tamat kontrak 12 bulan, jika masih mahu membeli kembali, hubungi pihak syarikat dan emas boleh dibeli pada 'harga awal' ia diserahkan kepada syarikat sebagai modal. JIKA anda tidak mahu membelinya semula, di penghujung kontrak anda akan menerima pulangan berbentuk Ringgit Malaysia.


13. Apa Kaitan ARBA NETWORK dan CWC?
Jawapan : ARBA NETWORK GROUP adalah program pelaksanaan pelan pemasaran MLM milik syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd atau singkatannya CWC. CWC adalah sebuah syarikat jualan langsung yg mempunyai lesen AJL. Jika membuat semakan di website KPDNKK, sila nyatakan Classic Worldwide Corporation (CWC) untuk mengetahui status lesen syarikat.

ARBA NETWORK GROUP adalah nama kumpulan yang terdiri dari Khalifa Ringgit (KR) dan ahli biasa yang menyertai program ini. Nama ARBA sempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Sayyidina Abdul Rahman Bin Auf (ARBA). Semoga aura, cara beliau berniaga dan keberkatan perniagaannya menjadi rujukan kita. Insya ALLAH.

14. Selain hibah pasif income, ada Bonus Mingguan?
Jawapan : Ya, Bonus Mingguan bonus tak dijamin, dan ia adalah satu pendapatan mingguan daripada pairing diperoleh secaraautoplacement. Setiap kali ada kemasukan, lot-lot tersebut akan diletakkan secara automatik oleh sistem. Setiap level akan dipenuhkan dahulu sebelum diletakkan di level yang lain. Ini bermakna di bawah anda akan adadownline walaupun anda tak menaja!!!
Contoh: A taja B. B akan diletakkan di sebelah A. Bukan di bawah A. Begitu juga jika A taja C. C akan diletakkan di sebelah B. Setiap kemasukan baru akan diletakkan di tempat yang kosong secara automatik sehingga setiap level penuh.

PERINGATAN!! PENDAPATAN MINGGUAN TIDAK DIJAMIN SYARIKAT. ADA ATAU TIADA. BANYAK ATAU SEDIKIT. BERGANTUNG KEPADA REZEKI ANDA. Tetapi realitinya syarikat membayar puluhan ribu setiap minggu untuk pendapatan mingguan kepada ahli yang layak. Tetapi anda usah bimbang kerana HIBAH PASIF INCOME BULANAN milik anda sememangnya DIJAMIN dan Insha ALLAH sentiasa dibayar ON TIME!!!

15. Tadi kata tiada penajaan. Jadi kami wajib taja orang?
Jawapan : TIDAK. Pendapatan bulanan akaun pasif adalah tetap diterima anda walau apapun yang berlaku. Cuma syarikat akan membayar bonus kepada sesiapa yang memperkenalkan sahabat-sahabat mereka menyertai ARBA NETWORK sebagai tanda terima kasih. Penaja akan mendapat 2% daripada nilai akaun pasif tajaannya.

Sebenarnya syarikat telah melantik secara khas pihak yang menaja dan membuat jualan iaitu KHALIFA RINGGIT (KR). Jadi anda boleh duduk santai di rumah dan nikmati pendapatan mingguan, bulanan dan CTO 3 bulan sekali tanpa perlu berbuat apa-apa pun. Produk pula  guna sendiri tanpa perlu dijual, siap boleh sedekah lagi. Biarkan kami yang buat segalanya untuk anda.

16. Bagaimana pembayaran bonus berlaku?
Jawapan : Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd mempunyai sijil AJL (AJL-931903) untuk menerima deposit/modal pembelian dan membayar bonus. Setiap pakej belian di dalam program ARBA NETWORK adalah belian pakej pelan asal MLM syarikat.

Pelan MLM milik Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd
Apabila pembelian berlaku, terhasillah income dari Sponsor income, Matching income, Flushing income dan income-income lain di pelan MLM asal syarikat. Bonus ahli, dibayar melalui income-income tersebut.


Contoh income dari aktiviti penjualan syarikat :

Jika anda membeli pakej Diamond bernilai RM 2500. Anda akan mendapat 10 unit produk. Jika anda tidak menjual produk dan menaja, maka anda tidak mendapat apa-apa pendapatan. Katakan anda berjaya menaja seorang (A) dengan pakej Diamond, nilai BV adalah 1000BV.



Anda akan mendapat sponsor income 30% daripada nilai BV
1000BV x 30% = RM300
Kemudian pada bulan yang sama anda menaja seorang lagi (B)
dengan pakej yang sama Diamond,


Anda akan mendapat sponsor income 30% daripada nilai BV
1000BV x 30% = RM300.00
Apabila berlakunya pairing (ada nilai BV di sebelah kiri dan kanan) anda layak mendapat Matching Income 20% daripada nilai BV yang sama pada kedua-dua belah.
1000BV x 20% = RM 200.00
Jadi pendapatan anda pada bulan tersebut adalah
Sponsor A RM 300.00
Sponsor B RM 300.00
Matching RM 200.00
````````````````````````````````````
Jumlah RM 800.00
`````````````````````````````````````
Apabila berlaku lagi penajaan maka berjalanlah pendapatan-pendapatan seperti di atas. Cuba bayangkan jika ada 1000 orang tolong carikan tajaan kepada anda, agak-agak dapat tak seorang sehari? Dapat bayangkan macam mana susunan tajaan anda dalam masa sebulan jika sehari ada satu tajaan dan berapa pendapatan anda? Jika anda tak melakukan penajaan? maka tiadalah pendapatan. Itulah masalah sebahagian besar orang yang takut join MLM kerana tak pandai cari orang, taja orang dan jual barang.

Bersama ARBA NETWORK, anda tak perlu cari orang taja orang dan jual produk. Ia akan berlaku tanpa komitmen kerana semua yang menyertai ARBA NETWORK bergerak untuk memenuhkan susunan tajaan mengikut tahap(level by level).

Contoh lain : Hari ini anda membeli pakej Diamond dengan program ARBA NETWORK, susunan downline akan disusun dengan memenuhkan setiap tingkat dahulu (level by level), jadi secara automatik anda akan mendapat downline tanpa anda sendiri membuat penajaan. Siapa yang tolong cari penajaan? Khalifa Ringgit (KR) dan bakal Khalifa Ringgit (KR) akan carikan penajaan. Ramaikah bakal KR? Semua yang masuk program ARBA NETWORK adalah bakal KR, jadi berapa ramai agak-agaknya yang cari tajaan untuk program ARBANETWORK ini? Siapa yang buat susunan downline? DOWNLINE DISUSUN OLEH SISTEM, BUKAN DISUSUN SECARA MANUAL. SISTEM ARBA NETWORK yang susun dengan implementasi sistem programming yang cekap untuk melaksanakannya.

Contoh susunan penuh, 'Level by Level'
17. Dari mana pula datangnya pendapatan akaun pasif?


Jawapan : Sebenarnya semua duit yang dikeluarkan ahli digunakan untuk membeli pelan pemasaran MLM dan produk milik syarikat CWC. Sebagai contoh, dengan modal RM10,000 sebenarnya ahli membeli 4 lot Diamond beserta 40 unit produk. 100% mengikut pelan MLM syarikat yang diluluskan KPDNKK melalui lesen AJL 931903. Di AKAUN AKTIF, terdapat 1 lot Diamond (10 Produk) dan 3 lot lagi Diamond di AKAUN PASIF (30 produk). AKAUN AKTIF diserahkan kepada ahli dan AKAUN PASIF akan diuruskan oleh ARBA NETWORK dan dari akaun (pasif) inilah keuntungan daripada kemasukan (ahli-ahli lainnya) melibatkan pairing, matching, flushing(dari pelan asal) dan jualan produk digantikan sebagai hibah pasif income 8% setiap bulan kepada ahli.

KEUNTUNGAN AKAUN PASIF YANG DITADBIR OLEH ARBA NETWORK :
a. 30 PRODUK : Katakanlah produk ini bernilai RM200 seunit (harga ahli sebenarnya sekitar RM250 seunit). Jadi ARBA NETWORK akan memiliki keuntungan untuk produk sahaja : 30 produk × RM200 = RM6000

b. KEUNTUNGAN 3 LOT DIAMOND :  Dalam perkiraan berdasarkan pelan pemasaran MLM yang dilaksana, setiap lot Diamond yang ditadbir oleh ARBA NETWORK akan menghasilkan purata pendapatan mingguan MINIMUM RM100 (daripada analisis syarikat sehingga entri ini ditulis,  purata pendapatan mingguan untuk setiap lot adalah RM195)

3 Diamond × RM100 = RM300 seminggu
RM300 × 4 minggu = RM1200 sebulan

Kontrak ARBA NETWORK adalah selama 12 bulan
RM1200 × 12 bulan = RM14,400 setahun

 a + b = ?
RM6000 + RM14,400 = RM20,400
KESIMPULANNYA :
  • Modal ahli RM10,000
  • HIBAH PASIF INCOME RM600 × 12 bln = RM7,200
  • Tamat kontrak, DIHADIAHKAN KEMBALI RM10,000
  • Jumlah yang perlu dibayar ARBA NETWORK kepada ahli RM7,200 + RM10,000 = RM17,200
KEUNTUNGAN Syarikat...? 
RM20,400 - RM17,200 = RM3200

RM3200 adalah KEUNTUNGAN MINIMUMsyarikat untuk SEORANG ahli dengan modal RM10,000. Kalau 10 orang, 100 orang, 1000 orang, 10,000 orang?!!! Anda kiralah sendiri keuntungan yang dijana oleh syarikat. Syarikat sememangnya mampu membayar balik modal dan pendapatan bulanan anda mengikut perjanjian. Itu baru pengiraan berdasarkan 2 kaedah. Syarikat ada pelbagai kaedah lagi daripada pelan asal MLM CWC untuk membayar bonus bulanan ahli dan menghadiahkan kembali modal ahli. Insya ALLAH. 

18. CTO tu apa?
Jawapan : Company Turn Over (CTO) merupakan bonus 3 bulan sekali khas untuk ahli yang memiliki akaun Diamond. Bonus ini adalah berdasarkan keuntungan syarikat. Contohnya jika jumlah keseluruhan CTO adalah RM50,000 dan dalam sistem menunjukkan ada seramai 5000 orang ahli ARBA NETWORK memiliki akaun Diamond, maka 5000 orang ahli ini berhak ke atas bonus CTO ini.

RM50,000 ÷ 5000 maka setiap pemegang akaun Diamond akan memperolehi bonus RM10. Jika anda memiliki 10 akaun Diamond, maka anda akan menerima di setiap akaun Diamond tersebut RM10!

19. ARBA NETWORK tak menyalahi akta BANK NEGARA MALAYSIA?
Jawapan : Sebenarnya mengikut undang-undang di Malaysia, hanya 3 entiti ni sahaja yang boleh ambil deposit orang awam dan membayar bonus atau dividen.

  1. Bank dan takaful serta syarikat kewangan berlesen (boleh rujuk senarai di website BNM).
  2. Syarikat SSM yang ada lesen SKIM KEPENTINGAN (boleh semak di website SSM).
  3. Syarikat yang ada lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dan koperasi yang sah. Ada juga syarikat yang menyamar ada lesen. Semak betul-betul di website KPDNKK. Peliklah kalau jual barang tetapi tak boleh ambil duit dengan pelanggan. Lesen ini juga membolehkan sesebuah syarikat membayar bonus kepada ahli mengikut plan perniagaan yang diluluskan.

Yang selain daripada 3 di atas, janganlah sahabat-sahabat buat kerja mengarut nak join. Setakat ini kebanyakannya pelingkup duit kita. Cepat atau lambat sahaja. Biasanya BANK NEGARA MALAYSIA akan ambil tindakan terhadap syarikat yang mengambil deposit tanpa lesen dan yang terlibat dengan penggubahan wang haram. Maksudnya duit kita syarikat buat invest ke tempat lain di luar syarikat. Berbeza dengan ARBA NETWORK. Pelan pemasaran MLM yang digunakan adalah 100% dari syarikat Classic Worldwide yang memiliki  lesen AJL dan modal para ahli digunakan sepenuhnya untuk membeli pakej MLM syarikat. TIADA PENGGUBAHAN WANG HARAM DAN MENGAMBIL DEPOSIT TANPA LESEN. KITA 100% MLM TERTAKLUK DI BAWAH LESEN AJL YANG DIANUGERAHKAN KPDNKK. 

Sudah ada sebelum ini individu yang membuat laporan kepada BNM berkenaan program ARBA NETWORK. Ini adalah salinan e-mail dari seorang pengadu yang yang dihantarrnya kepada pihak BNM, beliau ingin mengetahui kesahihan program ARBA NETWORK.

E-mail pengadu kepada BNM
Jawapan BNM kepada pengadu

Berdasarkan jawapan dari BNM tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa bidang kuasa berkaitan syarikat Jualan Langsung bukan di bawah pemantauan BNM. ARBA NETWORK dan syarikat Classic Worldwide 100% di bawah pemantauan serta bidang kuasa KPDNKK.

20. Nak berhenti sebelum tamat kontrak boleh tak?
Jawapan : Boleh! Tetapi ahli hanya akan mendapat nilai pulangan wang AKAUN PASIF sahaja.  AKAUN AKTIF tidak boleh diambil kerana ahli dikira membuat belian dan barangan di akaun aktif adalah milik ahli. AKAUN AKTIF akan kekal terima pendapatan (jika ada) sampai bila-bila (walaupun kontrak ditamatkan). Untuk tamatkan kontrak sebelum tiba tempohnya, ahli hanya perlu menulis sepucuk surat yang bertandatangan, sama ada dipos, serahan tangan atau diemelkan kepada syarikat.

21. Saya tiada modal yang banyak, macam mane nak join?
Jawapan : Nak RM50,000 TUNAI jadi milik anda 2 tahun je dari sekarang? Untuk kakitangan kerajaan (yang berkelayakan) memang senang sangat sebab anda boleh buat loan RM50,000. Kadar bayaran balik pinjaman (untuk tempoh 2 tahun) sekitar RM2300 sahaja sebulan. Sertai ARBA NETWORK, anda akan menerima HIBAH PASIF INCOME  RM3000 SETIAP BULAN (ada agreement, siap stamping di LHDN).

Bayar loan cuma RM2300 dan masih berbaki RM700!!! Lebihan RM700 tu buatlah apa-apa pun, itu dah macam kenaikan gaji anda setiap bulan. Habis pembayaran pinjaman di tahun kedua, dan pada masa yang sama RM50,000 akan DIHADIAHKAN KEMBALI oleh ARBA NETWORK kepada anda!!!

Pengalaman terindah dalam hidup!!! Loan RM50,000 settle dengan bank!!! 2 tahun settle bayar RM2300 × 24 bulan = RM55,200. Bayar pun guna HIBAH PASIF INCOME je. Hibah ARBA NETWORK 2 tahun pun sebenarnya anda dah terima RM3000 × 24 bulan = RM72,000!!!

RM72,000 - RM55,200
Masih berbaki RM16,800!!!

ALLAHU AKBAR!!! ALLAH dah bentangkan depan mata anda peluang untuk jana income!!! Orang lain buat loan, pening kepala memikir nak bayar balik. Anda pula buat loan dan selepas 2 tahun, RM50,000 jadi milik anda! Ambillah peluang ini. ARBA NETWORK, program yang boleh dipercayai, boleh diyakini. Bisnes santai, anda tak buat apa-apa, anda tak jual produk, anda tak cari downline, syarikat tetap menghibahkan income buat anda. Rezeki jaminan ALLAH.


22. Berapa tahun loan nak dapat macam di atas?
Jawapan: 1 tahun je.. kalau pandai manage duit ler.

23. Apa akan terjadi jika ARBA lingkup dlm masa tu?
Jawapan: Dengan adanya agreement permati setem, wang akan dikembalikan diambil dari duit pendahuluan masa daftar AJL jika apa-apa berlaku pada syarikat..sebenarnya pihak company nak letak wallohi watallahi pada agreement tapi nampak cam lapar harta manusia pula sedangkan apa la sangat nilai dunia ni sampai nak bersumpah2 pada agreement..tp percayalah..ia peluang buat anda yg tahu..ramai lagi tak tahu..duk masuk program-program tak ketahuan..


24. Kena rush ambush serang bank negara macam mana?
Jawapan: 2 benda boleh kutip duit org dalam malaysia..satu bank-bank...dua company ada AJL Akta Jualan Langsung..sbb AJL ada produk..pelik beno kalo tak leh kutip duit..nk jual barang lagumana..pastu 2 benda jugak blh bayar bonus/dividen..iaitu bank-bank dan company AJL..buat kerja memang dibagi bonus..bank ialah bank dan AJL ialah antaranya ARBA..tiada istilah bank negara serbu kerana kita AJL..bukan company SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti lintah, cacing, lembu, keli, arowana dll..syarikat SSM memang tak boleh kutip duit sebab tu asyik kena serbu..kita AJL ada transaksi jual barang..cuba kaji semua yg kena sebelum ni semua yg SSM, genneva ke apa..semua lah..tgk UPTREND, ramai mana org report sebab tak puas hati dan sebagainya..BNM tak leh buat apa sebab ia ada AJL. UPTREND sampai hari ni hidup mekar subur..huhu. Sila ambil faham agar tak terlepas peluang ARBA..tok se ambik faham pun ikut la..sbb tiada paksaan dalam agama apa lagi dlm nak pilih bisnes part time..

25. Komisyen penajaan ada tak?
Jawapan: ada, 2 % dari jumlah acc pasif. Let say member join RM10,000 acc pasif dia RM7,500, so dapat RM7,500 x 2 % = RM150,...WOW!! tidak terhad berapa ramai member kita nak taja..nasihat saya, tak nak buat apa2 join pakej yg besar, jika nak aktif, join pakej kecik pun ok, besar pun ok..yg penting, kita di landasan yg betul sekarang..

26. Produk macam mana?
Jawapan: Akan dihantar dengan courier service dalam masa sebulan, atau by hand bagi yang berdekatan berserta dengan agreement..don't worry.

27. Apa yang dikatakan dengan hibah?
Jawapan:

KONSEP HIBAH
Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam.

Jika harta hendak dihibahkan kepada anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.

Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal.

Petikan dari Instrumen Hibah dan Wasiat - JAKIM
Untuk rujukan penuh, sila klik pada pautan di bawah dan download file dalam format pdf.
http://www.islam.gov.my/muamalat/kertasilmiah/instrumen-hibah-dan-wasiat-analisis-hukum-dan-aplikasi-di-malaysia


Ada juga orang pertikai yang hibah ni adalah haram. Pernah membeli belah di tesco? dulu masa saya beli produk RM100 keatas dalam satu resit, tesco bagi saya "hibah" sebanyak RM5.00 atau di kenali sebagai "vaucher". Adakah "vaucher" itu haram hukumnya? Sama juga membeli belah guna kad kredit dapat "rebet" dengan setiap pembelian. Adakah "rebet" itu haram hukumnya?

Dalam Arba Network, join pakej RM10k, syarikat akan bagi rebet sebanyak RM7200 selama setahun iaitu RM600 sebulan tidak termasuk bonus-bonus mingguan yang lain. Tapi ada juga orang tanya kenapa syarikat bagi banyak sangat rebet? Suka hati syarikat lah dia nak bagi banyak mane sebab itu duit dia..hehehehe, kalau tak nak bagi dekat saya hibah tu.

28. Kenapa CWC tak ada stokis di seluruh Malaysia?
Jawapan: Dulu kita memang ada konsep stokis, tapi yang jadi stokis tu bukan kerana dia ada network tapi dia hanya ada duit dan mengharapkan syarikat meramaikan stokisnya. Bila tak ada orang ke stokis, mulalah timbul persoalan tak ada orang datang, syarikat kurang iklan dan seumpamanya. Jadi untuk mengelakkan masalah sama timbul, kita tak buat cawangan or stokis. Nak order barang boleh melalui online. Sekarang kita banyak kaedah untuk menyampaikan bisnes or produk. 10 tahun dulu mungkin bukak cawangan dan stokis satu penyelesaian terbaik, tapi sekarang kita ada macam-macam solusi untuk memudahkan cara untuk semua urusan.

29. Jika sekiranya Malaysia mengalami krisis ekonomi seperti zaman pemerintahan Tun Mahathir bagaimana syarikat dapat meneruskan perniagaan?
Jawapan: Apabila negara mengalami krisis ekonomi yg akan terjejas adalah matawang, klau emas xkan terjejas, jadi harga barang2 akan meningkat dan kuasa membeli akan berkurangan, so sale syarikat pasti akan terjejas tambahan pula syarikat terpaksa menampung pelbagai kos2 dan bayaran gaji pekerja... Oleh itu menjadi kebiasaan sesebuah syarikat untuk memiliki "backup plan" sekurang2nya utk tempoh 3 tahun supaya segala kerugian dapat ditampung sehingga keadaan ekonomi kembali stabil... Begitu juga bagi kami di syarikat CWC NETWORK, kami juga mempunyai "backup plan", jika nanti negara kita ditakdir mengalami krisis ekonomi insya-Allah syarikat CWC akan terus beroperasi seperti biasa

30. Jika CEO syarikat dah tiada (meninggal dunia), bagaimana dengan pelan pemasaran syarikat? Adakah CEO yg baru dilantik boleh mengubah pelan yg sedia ada?
Jawapan: Perkara ini telah kami fikirkan sejak mula2 syarikat ditubuhkan, sebenarnya CEO yg baru tersebut tidak boleh membuat sebarang perubahan terhadap pelan pemasaran syarikat yg sedia ada samada menggunakan wang syarikat utk perniagaan selain dari pelan asal MLM, ini kerana, semuanya telah terikat dengan perjanjian syarikat dengan mahkamah.

KESIMPULANNYA: syarikat CWCNETWORK SDN BHD merupakan sebuah syarikat yg kukuh dan berdaya saing setanding dengan syarikat2 bertaraf antarabangsa...

31. Saya terjumpa satu info di dalam blog yang menyatakan Arba tidak sah betul ker?


Jawapan: Pertama kali kita patut berbangga sebab KPDNKK mengesahkan bahawa syarikat Classic Worldwide Coporation adalah berdaftar, sebenarnya kita tak tahu apa sebenarnya soalan yang di tanya oleh pengadu ini, pada pandangan saya mungkin pengadu ini tidak pernah menyertai program arba dan tidak tahu konsep program arba ini. Bila orang cerita join arba RM10k dapat RM600 setiap bulan, terus dia cop sebagai pelaburan dan terus buat report, sepatutnya pengadu ni siasat terlebih dahulu.

Yang kedua ialah perkhidmatan/pembelian secara pukal (front loading). Pembelian/pembelian secara pukal (front loading) dengan harga atau jumlah yang tidak munasabah tidak berlaku dalam program arba kerana harga produk adalah RM250 seunit dan ahli mendapat kesemua produk tersebut dengan syarat ahli sendiri yang di pasarkan, jika syarikat yang tolong pasarkan maka keuntungan minima yang diberi kepada ahli dan jika ahli yang pasarkan sendiri kesemua produk tersebut keuntungan menjadi lebih tinggi tetapi bukan melalui program arba lah.

Untuk makluman tuan/puan KPDNKK kerap menerima aduan dari orang ramai yang mane orang mendakwa program arba ini ialah investment. Sudah 3 kali pegawai penyiasat KPDNKK hadir ke syarikat, setelah soal siasat dan mendapat penjelasan daripada CEO Dr. Zaini, pegawai tersebut mengesahkan Arba Netwrok Group adalah ahli kumpulan CWC dan Arba Network adalah kaedah pemasaran yang digunapakai oleh CWC. Siasatan dan pengesahan ini di buat kerana mendapat aduan daripada ramai prospek yang inginkan kepastian tentang keabsahan program ini.

Laporan dari pegawai tersebut adalah dilarang saya letakkan disini kerana menjadi kesalahan mendedahkan laporan asli dokumen kerajaan, jadi saya hanya copy paste ayat laporan tersebut sahaja:

Pemeriksaan/Siasatan:-

1. Hasil siasatan mendapati ARBA NETWORK GROUP adalah ahli kumpulan dari syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn. Bhd

2. ARBA NETWORK GROUP juga adalah satu kaedah yang digunakan oleh syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn. Bhd.

So, harap semua jelas tentang Program Arba Network ini.

32. Kalau duit luar negara kita masuk terus ke akaun syarikat CWC boleh tak, contoh Hong Kong?
Jawapan: Tak boleh, sebab banyak kes penggubahan wang haram berlaku di negara seperti China, jadi kita cuma mengambil langkah berjaga-jaga, Hong Kong, memang terkenal dengan isu ini jadi BNM akan lebih serius menangani isu ini.

Kalau ader client dari China saya tak syorkan direct ke akaun syarikat. Adalah lebih baik dia transfer ke akaun di atau saudara mara mereka dahulu yang menggunakan bank Malaysia, kemudian bila dah clear baru transfer ke akaun syarikat.

Jika di dapati benar berlaku pengubahan wang haram, maka syarikat kita juga akan terlibat sama, jadi adalah lebih baik dia urus dahulu, tapi kalau negara-negara lain yang rekod bersih kita boleh terima.


33. As Salam...tuan..saya mcm berminat dgn program ARBA ni...tp suami saya mcm xyakin...takut kena tipu...mcmana cara utk betul2 yakinkan dia?
Jawapan: Saya yakin dengan Arba Network ialah selain dari mempunyai lesen ia juga mempunyai agreement yg sah. Jarang sekali kita nak jumpa company yang menyediakan agreement yg siap dengan stamping lawyer..jadi suami puan tak yakin ialah perkara biasa kerana saya dulu mempunyai sikap yang demikian, puan suruhlah suami puan sertai group vvip telegram saya supaya dapat kenal rakan-rakan kita yang dah berjaya dalam Arba Network dimana serba sedikit akan memberi kekuatan kepada suami puan untuk kenal lebih rapat tentang program arba network ini..tak kenal maka tak cinta..bila dah kenal, menyesal lambat kenal.

34. Arba ni buat urusan jual beli emas ker?
Jawapan: Arba yang buat urusan jual beli emas itu ialah Arba Gold, yang ni ialah Arba Network yang hanya buat urusan jual beli produk makanan supliment sahaja.


35. Saya sangat-sangat berminat, macam mane nak menyertainya?
Jawapan: Terus hubungi saya ATAU..jika anda sudah benar-BENAR yakin dan tidak sabar lagi nak join.. PILIH pakej yang anda berkenan di bawah ini dan terus buat pembayaran ke akaun bank syarikat. Kalau boleh cuba elakkan bank in ke akaun peribadi peserta lain, kecuali Khalifa Ringgit yang di lantik oleh syarikat.

YANG BACA TAK DAPAT APA-APA,
YANG LIHAT PUN TAK DAPAT APA-APA
YANG TERUS JOIN SETIAP BULAN DAPAT DUIT
MACAM SAYA SETIAP BULAN MASSYYUUUKKK ALHAMDULILLAH..

HUBUNGI SAYA NURHIDAYAH: 0136030370

5 comments:

  1. Kenapa ahli arba yang berdaftar telah tidak menerima hibah seperti yang dijanjikan? Kalau tanya, asyik jawab system down,? Lama jugak nak settle masalah ni? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cer cerita betul..sian yg buat loan x boleh bayar bulanan kat bank..hidup susah..atas senang..kami teraniaya..

      Delete
  2. Kan.....sudah sontot.
    Termenung ramai duit sangkut...

    ReplyDelete